- JBS Melaka
- Hits: 5
PESERTA LARIAN RIA MADANI DAN JALAN SANTAI RIUHKAN HSN MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 5
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Acara Larian Ria Madani dan Jalan Santai sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 antara menjadi tumpuan kerana berjaya mengumpul peserta seramai 1,500 orang.
.
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Datuk Rahizi Bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin. Turut hadir Encik Muhammad Zahiruddin Bin Mohd Zahari, Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin; Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; dan Encik Razali Bin Khamis, Ketua Unit Integriti Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
.
Larian Ria Madani dan Jalan Santai telah diselaraskan oleh Merlimau Runner Crew, Japerun Merlimau dan; Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.
.
Pelbagai aktiviti menarik lain dalam sambutan berkenaan seperti Larian Madani, Aerobikthon, Pameran Agensi Kerajaan, Cabutan Bertuah, Konda Kondi, Jasin Fitness Challenge, BMX Challenge, Sukan Tradisional, Wall Climbing, Mazerun, Karnival Sukan OKU, Netball 3 On 3 dan macam-macam lagi.
.
Kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur menjadikan suasana meriah bagaikan pesta rakyat.
.
Penganjuran tahun ini turut mendapat kerjasama erat daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin; Majlis Perbandaran Jasin, Japerun Merlimau, Politeknik Merlimau dan komuniti setempat, menjadikan sambutan HSN Melaka 2025 meriah dan pelbagai aktiviti.
.
Sambutan Hari Sukan Negara diadakan serentak di seluruh negara pada minggu kedua Oktober setiap tahun, sebagai usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memperkukuh budaya bersukan dan memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.
.
