- JBS Melaka
- Hits: 3
RAKYAT MELAKA BUKTIKAN SEMANGAT SUKAN LUAR BIASA HSN MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 3
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Dataran Orang Kampung, Merlimau hari ini menjadi tumpuan ribuan warga Melaka yang hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025, yang diraikan penuh semangat kesukanan dan warna-warni.
.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk VP Shanmugam, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka. Beliau menyeru seluruh rakyat untuk menjadikan amalan bersukan sebagai gaya hidup sihat dan budaya masyarakat negeri ini.
.
Beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa penganjuran HSN bukan sekadar acara tahunan, tetapi platform untuk menyemarakkan semangat kesukanan, perpaduan dan kesejahteraan komuniti.
.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program seperti Larian Madanj, Aerobikthon, Pameran Agensi Kerajaan, Cabutan Bertuah, Konda Kondi, serta aktiviti sukan tradisional yang mencuit nostalgia masyarakat. Kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur menjadikan suasana meriah bagaikan pesta rakyat.
.
Penganjuran tahun ini turut mendapat kerjasama erat daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin; Majlis Perbandaran Jasin, Japerun Merlimau, Politeknik Merlimau dan komuniti setempat, menjadikan sambutan HSN Melaka 2025 meriah dan pelbagai aktiviti.
Sambutan Hari Sukan Negara diadakan serentak di seluruh negara pada minggu kedua Oktober setiap tahun, sebagai usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memperkukuh budaya bersukan dan memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.
.
Turut hadir Datuk Hj. Mustafa Bin Musa, Senator Dewan Negara; Datuk Rahizi Bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin; Encik Muhammad Zahiruddin Bin Mohd Zahari, Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin; Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Razali Bin Khamis, Ketua Unit Integriti Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia; Pengerusi dan wakil persatuan sukan peringkat Negeri Melaka.
