HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025

𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛, 𝟭𝟭 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮, 𝗥𝗮𝗺𝘂𝗮𝗻 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿, 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵, 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama JAPERUN Ayer Limau selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara di seluruh negara.
Penganjuran Hari Sukan Negara ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat melalui pelbagai acara sukan yang mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat. Selain itu, program ini juga berperanan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan komuniti setempat melalui penglibatan bersama dalam aktiviti sukan yang menyeronokkan serta berunsur kekeluargaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini antaranya ialah Fun Run 5KM, Fun Walk 3KM, Bola Jaring 3 on 3, Pertandingan Dam Aji, Explorace, Fun Futsal, Fun Netball, Jaringan Bola Jaring, Pertandingan Konda Kondi, Fun Shoot (Memanah), Sepak Penalti, Street Soccer, Pertandingan Tarik Tali dan Jualan Rahmah MADANI. Kesemua aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 𝗬𝗕. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗺𝗲𝗲𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝘆𝘁𝗵𝗲𝗲𝗻 𝗞𝘂𝗻𝗷𝘂 𝗕𝗮𝘀𝗵𝗲𝗲𝗿, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau. Kehadiran 𝗬𝗕. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, selaku Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap ADUN Kuala Linggi; 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗧𝗵𝗮𝗹𝗮𝘀, Pegawai Daerah Alor Gajah dan 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, turut sama menyerikan sambutan program tersebut serta menunjukkan sokongan terhadap pembangunan sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia bukan sahaja berjaya menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, malah turut memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama antara komuniti setempat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search