- JBS Melaka
- Hits: 4
MELAKA MENGUNGGULI ANUGERAH SUKAN UNTUK SEMUA (KATEGORI LELAKI)
- JBS Melaka
- Hits: 4
IPOH, Perak 11 Oktober 2025 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Norafif bin Mohd Amin atas kejayaan beliau memenangi Anugerah Sukan Untuk Semua (Kategori Lelaki).
.
Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sempena Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung meriah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
.
Anugerah ini merupakan satu inisiatif berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu dan organisasi dalam memupuk budaya sukan di peringkat akar umbi selari dengan usaha membentuk masyarakat yang sihat, aktif dan progresif.
.
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada wakil Melaka yang telah mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan.
