MAJLIS BACAAN YASSIN & DOA SELAMAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025

MERLIMAU, 9 Oktober 2025 – Sempena penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025, satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan di Masjid Asy Syuja’ah, Merlimau pada malam ini.
.
Majlis yang bermula pada jam 7.00 malam itu bertujuan memohon keberkatan serta kelancaran penganjuran HSN Melaka 2025 yang bakal berlangsung pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) di Dataran Orang Kampung, Merlimau.
.
Turut hadir mengimarahkan majlis ialah Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, yang menyatakan rasa syukur atas sambutan positif masyarakat setempat terhadap program berteraskan kesukanan dan perpaduan itu.
.
Kerjasama Japerun Merlimau, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, Jawatankuasa Masjid Asy Syuja'ah dan JPKK Merlimau Utara bagi memastikan majlis ini berjalan lancar.
.
Program ini merupakan antara pengisian awal menjelang kemuncak Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025, yang dijadualkan dirasmikan pada Sabtu ini dengan pelbagai aktiviti riadah, pertandingan sukan, dan pameran menarik untuk seisi keluarga.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search