- JBS Melaka
- Hits: 4
MELAKAfm RAKAN STRATEGIK PROMOSI HARI SUKAN NEGARA MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 4
MELAKA, 9 Oktober 2025 – Suasana menuju Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025 semakin hangat apabila MELAKAfm tampil sebagai rakan strategik utama promosi bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka, melalui segmen popular Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).
.
Kali ini, siaran podcast eksklusif yang dikendalikan oleh DJ Melati menampilkan dua figura utama sukan negeri — YB Datuk VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka; serta Encik Zailani Bin Siran, Pengarah JBS Negeri Melaka — bagi berkongsi sorotan istimewa dan pengisian menarik sempena HSN Melaka 2025.
.
Dalam sesi santai tapi sarat maklumat itu, YB Datuk VP Shanmugam menyeru seluruh rakyat Melaka, khususnya warga Merlimau, untuk turun beramai-ramai memeriahkan sambutan HSN Melaka 2025 pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) di Dataran Orang Kampung, Merlimau.
.
Beliau turut menegaskan bahawa HSN bukan sekadar program tahunan, tetapi gerakan nasional yang mengajak rakyat membudayakan gaya hidup sihat, cergas dan harmoni — seiring semangat Malaysia Aktif, Malaysia Madani.
.
Menariknya, penggunaan platform podcast sebagai medium promosi digital menjadikan pendekatan tahun ini lebih segar, interaktif dan dekat di hati belia, sekaligus memperkukuh usaha JBS Melaka dalam menyampaikan mesej positif sukan kepada semua lapisan masyarakat.
