PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA NEGERI MELAKA 2025

Bandar Hilir, 6 September 2025 - Telah berlangsung Hari Pertama Program Fiesta Rakan Muda Negeri Melaka 2025 bertempat di Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang telah mewakili setiap Daerah di Negeri Melaka dan juga peserta kategori terbuka.
Antara pertandingan yang telah dipertandingkan ialah Pertandingan Inovasi Kitar Semula, Pertandingan Doodle Arts Kategori 13 hingga 17 tahun dan 18 hingga 30 tahun. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini memberi komitmen yang sangat tinggi dan bersemangat. Bagi Johan setiap kategori adalah layak untuk dipertandingkan di Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Oktober 2025.
Program ini juga telah dirasmikan oleh YB Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka dan juga turut dihadiri Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search