SESI TIMBANG AKHIR PROGRAM TEH BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025

Ayer Keroh, 6 September 2025 – Telah berlangsung Sesi Timbangan Akhir Program Biggest Loser Peringkat Negeri Melaka 2025.
Program ini membuka tirainya pada 4 Mei 2025 dan tamat 6 September 2025. Peserta-peserta telah melalui 8 Program Intervensi iaitu melibatkan aktiviti-aktiviti kecergasan dan sukan serta taklimat pemakanan dan gaya hidup yang sihat
Hasilnya, hari timbang akhir menyaksikan kejayaan peserta menurunkan berat badan dengan disiplin dan usaha berterusan.
Pemenang bagi Pertandingan ini akan diumumkan sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 pada bulan 11 Oktober nanti.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta serta penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka dan Myfitjoy Aerobics Club atas kerjasama menjayakan program ini.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search