- JBS Melaka
- Hits: 46
PERTANDINGAN BOLING PESRON 2025
- JBS Melaka
- Hits: 46
Ayer Keroh, 31 Ogos 2025 - Melaka terus melakar sejarah dalam memperkasakan sukan OKU apabila Pertandingan Boling PESRON Melaka 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat dan keterujaan di Melaka International Bowling Centre (MIBC).
Seramai 60 peserta hebat yang terdiri daripada ahli Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka, Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Melaka dan Persatuan Orang Pekak Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan membuktikan bahawa keterbatasan bukan penghalang untuk cemerlang dalam arena sukan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir Encik Abu Bakar bin Nyet, Presiden PESRON Negeri Melaka.
Majlis turut diserikan dengan simbolik penyerahan baju latihan Para SUKMA kepada atlet Tenpin Boling Para Negeri Melaka sebagai satu suntikan semangat kepada atlet-atlet yang bakal membawa cabaran negeri Melaka ke pentas lebih tinggi.
Tahniah kepada semua peserta dan penganjur atas penganjuran program ini. Teruskan menyokong sukan OKU Negeri Melaka.