GENTA BELIA MELAKA 2025 MEDIUM PERKONGSIAN ILMU KEUSAHAWANAN DAN PELUANG JANA EKONOMI

AYER KEROH, 29 Jun 2025 - Pesta Genta Belia Negeri Melaka sempena Agrofest Negeri Melaka 2025 menutup tirai dengan jayanya selepas 3 hari bersiaran di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka.
.
Beberapa segmen diadakan dalam memeriahkan Genta Belia Melaka 2025 dengan tema Memperkasa Ekonomi Belia antaranya Jualan, Pameran, Podcast Bersama Usahawan dan Pempengaruh, Santai Ngopi, Busker, Tarian Kontemporari dan Pentas Galau.
.
Pentas Galau Genta Belia pada malam 28 Jun 2025 telah mempersembahkan artis dari Catna Music iaitu Bulan dan Ejam Terarosa. Seramai 10,000 orang pengunjung membanjiri Dataran Sejarah Ayer Keroh bagi menghayati lagu yang dipersembahkan dengan tema Patah Hati.
.
Genta Belia mampu memperkasa ekonomi golongan muda terutamanya di luar bandar dengan memberi pendedahan berhubung inisiatif pemerkasaan ekonomi dilaksanakan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan.
.
Rakan strategik Genta Belia Negeri Melaka 2025 adalah Catna Music, Al-Ihsan dan Melaka Daily.
Disediakan : Afiq Mazly

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search