PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 2 SEMPENA AGROFEST 2025 (AGROFEST 1-FITNESS CHALLENGE FITNESSTHON)

AYER KEROH, 28 Jun 2025 - Telah berlangsung pertandingan 1-Fitnessthon bertempat di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Life In Balance Aerobics Club. Sebanyak 14 pasukan yang menyertai program kali ini. 1 pasukan diwakili oleh 5 orang peserta.
Semua pasukan telah menunjukkan persembahan yang terbaik sepanjang pertandingan 2 jam tanpa henti ini yang berakhir dengan keputusan berikut :
Johan : Pasukan FUSION FORCE
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM150 beserta hamper.
Naib Johan : Pasukan MRU
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM120 beserta hamper.
Ke 3 bersama : Pasukan SINAR
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM80 beserta hamper.
Havoc Participant:
1. Ekin - Fusion Force
2. Ady - Team Abah2
Energetic Individual:
1. Saiful - MRU
2. Suriani - MRU
3. Syazwan - The Squad Hawk
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Norazlin Binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah diiringi wakil kelab, Coach Sha.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search