- JBS Melaka
- Hits: 41
PROGRAM EKSPLORASI GUA BATU MALOI SEMPENA MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI MELAKA TENGAH SIRI 3/2025
- JBS Melaka
- Hits: 41
TAMPIN, 26 JUN 2025 – Program Eksplorasi Gua Batu Maloi telah berjaya dianjurkan sempena Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Melaka Tengah Siri 3/2025, dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JBS Melaka (KESUKE) serta PUSPANITA JBS Melaka.
Program Malaysia Aktif @Komuniti merupakan inisiatif kecergasan yang bertujuan memupuk minat komuniti untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui penglibatan dalam aktiviti fizikal. Siri kali ini memberi tumpuan kepada aktiviti eksplorasi sebagai medium membudayakan gaya hidup cergas dalam suasana alam semula jadi.
Menariknya, peserta perlu menempuh 24 'check point' mencabar yang memerlukan semangat yang tinggi, kerja berpasukan, dan komunikasi berkesan. Cabaran ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal setiap peserta, menjadikannya satu pengalaman lasak yang menyeluruh.
Antara objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif ke arah kesejahteraan komuniti serta memperkukuh kesedaran tentang pentingnya kecergasan dalam kehidupan seharian.
Program turut diserikan dengan kehadiran Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; En. Mohd Khairol Bin Kamis, Penolong Pengarah Sukan JBS Melaka merangkap Pengerusi KESUKE JBS Melaka; serta Puan Nor Zahirah Bt Sulaiman, Pengerusi PUSPANITA JBS Melaka.
Penganjuran sebegini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat malah menjadi wadah mempererat hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja JBS Melaka.