- JBS Melaka
- Hits: 81
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-16 PERSATUAN SUKAN DAN REKREASI ORANG KURANG UPAYA NEGERI MELAKA (PESRON)
- JBS Melaka
- Hits: 81
BUKIT KATIL, 28 Jun 2025 – Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Ke-16 Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka (PESRON) di Kompleks Japerun Bukit Katil, Melaka.
Majlis penuh makna ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang menyuntik kata-kata semangat dan komitmen untuk memperkasakan agenda persatuan serta sukan inklusif di negeri ini.
Turut hadir barisan kepimpinan PESRON dan ahli-ahli persatuan yang turut menyokong misi memperkasa komuniti OKU menerusi sukan dan rekreasi.