PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025 (SUKAN SNOOKER)

𝗥𝗘𝗠𝗕𝗜𝗔, 𝟮𝟭 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Seramai 30 orang peserta telah menyertai acara Sukan Snooker Program 1000 Liga Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 bertempat di Cue Master Snooker Rembia, Alor Gajah Melaka.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Sodikin bin Ali, selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Ucapan penghargaan serta terima kasih kepada Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan AG Perdana dan Ahli Dewan Belia Negeri Melaka (Dun Rembia) yang merupakan rakan strategik PBSD Alor Gajah dalam menganjurkan kejohanan pada kali ini. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang memandangkan sambutan penyertaan yang amat menggalakkan daripada belia setempat.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Radhi bin Datuk Wira Hamdin, Setiausaha JAPERUN Dun Rembia bersama Encik Hakim bin Abd Karim, Pengerusi JPKK Sungai Petai Jaya. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Muhamad Alif Najmi bin Mohd Zukeri, Pegawai Pembangunan Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search