- JBS Melaka
- Hits: 65
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 2025 (ACARA PING - PONG)
- JBS Melaka
- Hits: 65
𝗠𝗔𝗖𝗛𝗔𝗣 𝗕𝗔𝗥𝗨, 𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛, 𝟮𝟭 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Telah berlangsung Acara Ping - Pong Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 bertempat di Dewan Besar SJKC Machap Baru, Alor Gajah Melaka. Sebanyak 7 pasukan telah bersaing bagi merebut gelaran juara kejohanan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Aliff Bin Baharuddin selaku Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Alor Gajah Merangkap Exco Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM). Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik (Persatuan Ping - Pong Negeri Melaka) yang telah mengurus atur teknikal bagi kejohanan kali ini.
Johan & Naib Johan bagi acara ini secara rasminya akan mewakili daerah Alor Gajah ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 yang akan diadakan pada bulan Julai 2025 nanti.
Tahniah kepada semua pemenang !!!
𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡 : 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗔
𝗡𝗔𝗜𝗕 𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡 : 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗕
KE-3 BERSAMA : AG - SJKC
KE-3 BERSAMA : Pingport C