- JBS Melaka
- Hits: 93
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) DAERAH MELAKA TENGAH 2025 (KEJOHANAN BOLA JARING)
- JBS Melaka
- Hits: 93
AYER KEROH, 21 Jun 2025 - Telah berlangsung pertandingan Bola Jaring bagi Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2025 bertempat di di Kompleks Belia & Sukan Negeri Melaka. Sebanyak 12 pasukan yang menyertai kejohanan ini.
Semua pasukan telah memberi persaingan sengit dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan berikut :
Johan : Pasukan TMNC ANTHENA
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 beserta sijil dan medal.
Naib Johan : Pasukan GOAL DIGGER
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM200 beserta sijil dan medal.
Ke 3 bersama : Pasukan EH ADJER & NCFC
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM100 beserta sijil dan medal.
*JOHAN & NAIB JOHAN akan mewakili Daerah Melaka Tengah ke Pertandingan LSK Peringkat Negeri Melaka 2025 yang akan diadakan tidak lama lagi*.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Norazlin Binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan diiringi oleh Encik Muzaizi Bin Mohamad, Pengurus Kompleks Belia & Sukan Negeri Melaka & wakil dari Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemenang.