PROGRAM SKILL FOR LIFE PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH SIRI 1 TAHUN 2025

Melaka Tengah, 21 Jun 2025 – Seramai 25 orang peserta telah berjaya menamatkan sesi kelas Asas Kemahiran Penyediaan Kuih Tradisional dalam Program Skill For Life Siri 1 Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2025 di Universiti Geomatika Malaysia Melaka (UGM) hari ini.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta belia mengenai penyediaan dan penghasilan kuih tradisional Melayu iaitu kuih talam keladi, talam cendol, kuih gula melaka atau onde-onde melaka dan sagu gula melaka.
Di akhir kelas, sesi penilaian dibuat kepada hasil masakan para peserta untuk memilih kuih terbaik yang berjaya disediakan.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Bukhari bin Kamaruzaman, Pendaftar dan Pemangku Timbalan Rektor Akademik, TVET & Industri UGM. Turut hadir Puan Norazlin binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Saudara Rafi Muiz bin Omar, Pengerusi Kelab Rakan Muda Tangga Batu, Melaka

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search