MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PESERTA KLAS RENANG FASA 1 TAHUN 2025 PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH

Melaka Tengah, 21 Jun 2025 – Seramai 41 orang peserta cilik berjaya menamatkan Kelas Renang Peringkat Daerah Melaka Tengah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama AKCCB Melaka. Program ini telah berlangsung selama 3 sesi dan berakhir dengan penyampaian sijil kepada semua peserta hari ini.
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan asas renang kepada kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun, khususnya dalam aspek keselamatan di air dan kemahiran berenang yang betul. Sepanjang program, para peserta telah diajar teknik asas seperti apungan, pernafasan dan gaya renang ringkas di bawah seliaan jurulatih bertauliah.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, YB Datuk VP Shanmugan a/l V. Pitchay. Turut hadir, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En. Mohd Khairol bin Kamis, serta wakil jurulatih daripada pihak Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia serta pihak pengurusan Ayer Keroh Country Club.
Para ibu bapa dan penjaga turut hadir sama memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak mereka. Rata-rata menyatakan rasa gembira dan bersetuju untuk program ini diteruskan pada masa akan datang kerana mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search