- JBS Melaka
- Hits: 81
KUNJUNG HORMAT PEGAWAI DAERAH DAN TANAH MELAKA TENGAH DAN PERBINCANGAN USUL MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH MELAKA TENGAH TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 81
WISMA NEGERI, Ayer Keroh 19 JUN 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Melaka Tengah telah mengadakan satu kunjung hormat ke atas Tuan Mohd Shaiful Hizam Bin Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah yang baharu pada 19 Jun 2025 ( Khamis) bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah.
Kunjung hormat ini turut disertai oleh wakil Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Melaka Tengah, Saudara Muhammad Mubien Khairudin dan Saudara Harris Daniel bin Hermee. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan PBSD serta MGBD Melaka Tengah serta membincangkan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Daerah (MPBD) Melaka Tengah, yang bakal menjadi platform strategik libat urus pembangunan belia bersama pihak pentadbiran daerah.
Antara perkara yang turut dibincangkan ialah cadangan usul yang akan diketengahkan dalam MPBD, termasuk inisiatif pembangunan belia, penglibatan aktif belia dalam komuniti, serta jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia.
PBSD Melaka Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Pegawai Daerah menerima kunjungan dan berharap kerjasama erat ini akan terus diperkukuh demi manfaat generasi belia di daerah ini