SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025 FOKUS CERGAS FIZIKAL DAN KESIHATAN

CAMERON HIGHLAND, 18 Jun 2025 - Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Melaka 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Redtma di Hotel Copthorne, Cameron Highland, Pahang. Seminar yang dianjurkan selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan dari Negeri Melaka.
Program ini merupakan inisiatif JBSN di dalam membudayakan sukan dan gaya hidup aktif termasuklah dalam kalangan pengurusan kanan jabatan dan agensi kerajaan.
Objektif dan matlamat seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan mengekalkan tahap kecergasan dalam kehidupan seharian. Selain itu, Celik Kecergasan atau Fitness literacy (FL) berkemampuan menerima, memproses serta memahami maklumat dan kemahiran asas kecergasan untuk digunakan bagi menggalakkan dan mengekalkan kehidupan yang aktif serta sihat.
.
Seminar ini juga menyampaikan ilmu tentang kelebihan dan faedah bersukan serta kepentingan memahami teknik, pemilihan peralatan yang betul serta amalan pemakanan yang teratur;
.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Khairul Faizi Mohd Radzi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland mewakili Pengarah Belia dan Sukan Negeri Pahang.
.
Turut hadir Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; dan Encik Mohd Khairol Kamis, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Disediakan : Afiq Mazly

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search