- JBS Melaka
- Hits: 70
CABUTAN UNDI BAGI LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) BOLA JARING PERINGKAT DAERAH DI NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 70
AYER KEROH, 18 JUN 2025 – Telah berlangsung Sesi Cabutan Undi bagi Kejohanan LSK acara Bola Jaring Peringkat Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Kejohanan LSK bagi acara Bola Jaring akan berlangsung pada 21 Jun 2025 ( Sabtu ) di venue seperti berikut :
LSK Bola Jaring Daerah Melaka Tengah
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka
LSK Bola Jaring Daerah Alor Gajah
Kompleks Sukan Masjid Tanah
LSK Bola Jaring Daerah Jasin
Dewan MPJ Lipat Kajang
Setiap pasukan telah menghantar pengurus dan wakil pasukan dalam sesi undian kali ini. Turut hadir Puan Rodziana, Setiausaha Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka dan Pegawai Sukan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Terima Kasih di ucapkan kepada rakan strategik Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka.