- JBS Melaka
- Hits: 60
SKE NEGERI MELAKA 2025 TERAP ILMU KECERGASAN DAN KESIHATAN
- JBS Melaka
- Hits: 60
CAMERON HIGHLAND, 17 Jun 2025 - Seminar Kecergasan Eksekutif Negeri Melaka 2025 telah berlangsung bagi hari kedua di Hotel Copthorne, Cameron Highland.
.
Antara objektif seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan mengekalkan tahap kecergasan dalam kehidupan seharian. Selain itu, mendidik tentang kelebihan dan faedah bersukan serta kepentingan memahami teknik, pemilihan peralatan yang betul serta amalan pemakanan yang teratur.
.
Beberapa slot ceramah telah diberikan kepada peserta dalam seminar hari kedua iaitu Kecederaan Sukan dan Penyakit Berjangkit, Gadjet dan Aplikasi Untuk Kecergasan, Teknik dan Jenis Senaman, Diet dan Nutrisi Seimbang.
.
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) turut dijalankan kepada peserta
bertujuan untuk menilai tahap kecergasan fizikal individu. Ia melibatkan beberapa ujian standard untuk mengukur komposisi tubuh, kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, dan lain-lain. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang baik dan menggalakkan gaya hidup aktif.
.
Seminar ini berlangsung selama 3 hari dari 16 hingga 18 Jun 2025 melibatkan Pegawai Eksekutif dalam Negeri Melaka seramai 20 orang.
Disediakan : Afiq Mazly