- JBS Melaka
- Hits: 64
SKE NEGERI MELAKA 2025 MEMBUKA TIRAI
- JBS Melaka
- Hits: 64
CAMERON HIGHLAND, 16 Jun 2025 - Seminar Kecergasan Eksekutif Negeri Melaka 2025 telah berlangsung bagi hari pertama di Hotel Copthorne, Cameron Highland. Seminar ini melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta.
.
Sesi taklimat perjalanan seminar telah disampaikan oleh Muhammad Zulhelme Daud, Pegawai Sukan JBS Melaka.
.
Slot pertama ceramah bertajuk Kepentingan Kecergasan dan Kesihatan oleh Encik Abdul Abdul Rashid dari Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara. Kemudian beliau menyampaikan slot ceramah kedua bertajuk Ketrampilan Sukan.
.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta yang hadir.
.
Seminar ini berlangsung selama 3 hari dari 16 hingga 18 Jun 2025 melibatkan Pegawai Eksekutif dalam Negeri Melaka.
Disediakan : Afiq Mazly