LAWATAN RASMI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KE KOMBES MELAKA

MELAKA, 12 Jun 2025 - Warga JBS Negeri Melaka berbesar hati menerima kunjungan rasmi oleh YBhg Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan sempena lawatan projek pembangunan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Sesi lawatan dimulakan dengan Taklimat Pengurusan Kompleks Belia dan Sukan oleh Encik Zailani Siran, Pengarah JBS Negeri Melaka dan diikuti dengan lawatan kemudahan serta cadangan projek naik taraf di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
Pelbagai info serta idea telah dikongsikan oleh YBhg Ketua Setiausaha sepanjang lawatan tersebut berlangsung demi memastikan kefungsian fasiliti sukan yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka sentiasa menjadi tumpuan serta memenuhi citarasa pengguna khususnya warga belia di Negeri Melaka.
.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Encik Abdullah Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan; dan Encik Aszhary Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan
Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Disediakan : Afiq Mazly

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search