Cabaran SRM Hikers di Gunung Datuk, Rembau.

REMBAU, 8 September 2024 – Telah berlangsung cabaran SRM Hikers di Gunung Datuk, Rembau. Seramai 54 ahli Sekretariat Rakan Muda Kolej Universiti Agrosains Malaysia Melaka telah terlibat menjayakan aktiviti pendakian gunung yang mempunyai ketinggian setinggi 884 meter atau 2,900.26 kaki dari aras laut. Aturcara pendakian bermula jam 6.00 pagi dimulai dengan senaman ringan.
 
Sepanjang pendakian, para peserta telah diberikan penerangan serba ringkas berkaitan teknik survival hidup dan turut diperkenalkan dengan kepelbagaian tumbuhan di hutan serta herba oleh jurupandu bertauliah.Seramai 4 orang jurupandu turut bersama-sama dalam misi pendakian edisi ini.
 
Syabas dan tahniah diucapkan atas penganjuran ekspedisi ini.

 

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search