Kursus Kejurulatihan Cabaran Tali Tinggi

LENDU, 9 September 2024 - Telah berlangsung Kursus Kejurulatihan Cabaran Tali Tinggi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Alor Gajah. Program anjuran Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia bermula 6 hingga 9 September 2024 dengan penyertaan seramai 30 orang peserta dari seluruh Malaysia.
 
Objektif penganjuran kursus adalah untuk mempersiapkan mental dan fizikal para jurulatih dalam praktikal pengendalian aktiviti dalam elemen tali tinggi. Selain itu juga, jurulatih didedahkan dengan peralatan tali tinggi dan penggunaannya dalam mengurus dan mengurangkan risiko. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
 
Hadir sama Encik Nor Rijam bin Ibrahim, Pengerusi Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia. Terima Kasih kerana memilih Kompleks Rakan Muda Alor Gajah sebagai venue pilihan. Untuk sebarang urusan tempahan fasiliti & kemudahan di :
 
✅Kompleks Sukan Masjid Tanah dan
✅Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
 
pejabat ini sedia dihubungi melalui talian 06-3853282 dan 06-3853800.
Tempahan Fasiliti & Kemudahan juga boleh dilaksana dalam talian ???
 

 

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search