𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗔𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗘𝗘𝗬𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗦𝗧𝗔𝗦𝗛𝗔 𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗚𝗚𝗘𝗦𝗧 𝗟𝗢𝗦𝗘𝗥 𝗞𝗕𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗪𝗣 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲


𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡, 𝟭𝟬 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Pertandingan Biggest Loser KBS Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026 melabuhkan tirainya dengan kejayaan enam peserta yang menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha menurunkan berat badan sepanjang tempoh pertandingan selama empat bulan.
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, bersempena dengan Majlis Perasmian Hari Sukan Negara X Malaysia Aktif Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026.
Pertandingan ini bertujuan 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗽𝗹𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝘆𝗮 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁. Penentuan pemenang dibuat berdasarkan peratusan penurunan berat badan sepanjang tempoh pertandingan.
Bagi kategori wanita, 𝗔𝗹𝗲𝗲𝘆𝗮 𝗔𝗻𝗮𝘀𝘁𝗮𝘀𝗵𝗮 𝗖𝗹𝗮𝗿𝗶𝘁𝗼 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 muncul sebagai Johan dengan penurunan berat badan sebanyak 𝟮𝟰.𝟯%, diikuti 𝗔𝗹-𝗝𝗮𝗻𝗻𝗮𝗵𝘁𝘂𝗹𝗻𝘂𝗿 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗛𝗮𝘇𝗶𝘇𝗶 sebagai Naib Johan dengan 𝟮𝟯.𝟳%, manakala 𝗡𝘂𝗿 𝗔𝘁𝗵𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗧𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻𝗮 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗵𝗮𝘁 memperoleh tempat ketiga dengan 𝟮𝟯.𝟭%.
Bagi kategori lelaki pula, 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗱𝗶 𝗕𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗲𝘇𝗮𝘇𝗶 dinobatkan sebagai Johan dengan penurunan berat badan sebanyak 𝟮𝟳.𝟯%. Tempat Naib Johan disandang oleh 𝗔𝗯𝗻𝗲𝗿 𝗦𝗶𝗺 𝗝𝗶𝗮 𝗬𝗶 dengan 𝟮𝟲.𝟲%, manakala 𝗔𝘀𝘀𝗶𝗱𝗱𝗲𝗸 𝗕𝗶𝗻 𝗧𝘂𝗮𝗵 menduduki tempat ketiga dengan 𝟮𝟲.𝟰%.
Para pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 bagi Johan, RM800 bagi Naib Johan dan RM300 bagi tempat ketiga untuk setiap kategori. Hadiah tambahan turut disumbangkan oleh Herbalife, Yakult dan VitaHealth.
Kejayaan para pemenang ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus berusaha meningkatkan tahap kecergasan, menjaga kesihatan diri dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan seharian.
Pertandingan ini turut menyokong aspirasi Hari Sukan Negara X Malaysia Aktif 2026 dalam membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam kalangan masyarakat.
𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗴𝗴𝗲𝘀𝘁 𝗟𝗼𝘀𝗲𝗿 𝗞𝗕𝗦 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲!
#HariSukanNegara2026 #MalaysiaAktif #HSN2026 #BiggestLoserKBS #LabuanAktif #CergasBersama

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search