- JBS WP Labuan
- Hits: 16
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT W.P. LABUAN 2026 DISAMBUT MERIAH MASYARAKAT LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 16
10 oktober 2026, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - Bermula jam 6.00 pagi, sambutan Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan mendapat sambutan mengalakkan masyarakat pulau ini. Seramai lebih kurang 10,000 ribu orang telah hadir menyertai pelbagai acara yang telah dianjurkan sempena program ini yang juga turut dilaksanakan di seluruh Labuan.
Sebanyak 26 acara telah dilaksanakan sempena Hari Sukan Negara 2026 antaranya Larian Ria Madani 5km, Berjalan Ria Madani 3km, Berjalan Ria Madani OKU 1km, Kids Aerobik Challenge, Pertandingan Tarik Tali dan banyak lagi.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Simsudin Sidik, Timbalan Pengerusi, Perbadanan Labuan dan turut hadir Tuan Hj. Rithuan Bin Hj. Mohd. Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2026, Puan Hjh. Mahanum Binti Fauzi, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat W.P. Labuan
