- JBS WP Labuan
- Hits: 4
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM INSPIRE EKSPLORASI OKU PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2026
- JBS WP Labuan
- Hits: 4
LABUAN, 26 Julai 2026 – Majlis Penutupan Program Inspire Eksplorasi Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Komuniti Kampung Sungai Labu, Labuan.
Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut hadir ialah Encik Mohd Syahabuddin Mustafa, Presiden Victoria Kayak Club; Encik Heidar Hussien, mewakili Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Wilayah Persekutuan Labuan; serta Encik Anuar bin Matsum, Ketua Kampung Sungai Labu.
Majlis ini menandakan berakhirnya program selama dua hari yang telah dilaksanakan pada 25 hingga 26 Julai 2026 di Dewan Komuniti / Pantai Kampung Sungai Labu. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah, sijil penghargaan dan penyertaan kepada para peserta, urus setia serta agensi, persatuan dan kelab sukan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Penganjuran program ini telah membuktikan bahawa golongan OKU mempunyai keupayaan, semangat dan keberanian untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti rekreasi dan eksplorasi. Program ini juga menjadi platform bagi menggalakkan penyertaan golongan OKU dalam aktiviti sukan dan rekreasi secara inklusif. Secara keseluruhannya, Program Inspire Eksplorasi OKU Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026 telah mencapai objektif yang ditetapkan serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPLabuan
#JBSWPL
#BeliaKitani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
