- JBS WP Labuan
- Hits: 13
PROGRAM INSPIRE EKSPLORASI OKU PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2026 BERLANGSUNG JAYANYA
- JBS WP Labuan
- Hits: 13
LABUAN, 25 Julai 2026 – Program Inspire Eksplorasi Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bertempat di Dewan Komuniti dan Pantai Kampung Sungai Labu, Labuan.
Program ini dilaksanakan bagi memperkasakan golongan OKU melalui penglibatan dalam aktiviti rekreasi luar yang bersifat inklusif, mencabar dan berorientasikan pembangunan kendiri. Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada pelbagai kemahiran asas seperti pemasangan khemah, ikatan tali, kepimpinan serta aktiviti berkumpulan yang dapat meningkatkan daya tahan mental dan fizikal.
Pelaksanaan program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk membina keyakinan diri, meningkatkan semangat kerjasama serta membuktikan bahawa golongan OKU mampu menyertai aktiviti rekreasi dan eksplorasi setanding dengan masyarakat umum.
Dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, persatuan dan kelab sukan, program ini berjaya menyediakan ruang yang selamat dan kondusif kepada individu daripada pelbagai kategori ketidakupayaan untuk mencungkil potensi, mengembangkan kemahiran serta mengeratkan hubungan sesama peserta.
Secara keseluruhannya, penganjuran Program Inspire Eksplorasi OKU 2026 telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program ini juga selaras dengan aspirasi Negara Bersukan yang menekankan kesamarataan hak, keterangkuman dan akses kepada aktiviti sukan serta rekreasi untuk semua lapisan masyarakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPLabuan
#JBSWPL
#BeliaKitani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
