- JBS WP Labuan
- Hits: 19
SUKARELAWAN RAKAN MUDA BERSAMA DALAM PROGRAM BEST MEGA PERINGKAT W.P. LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 19
24 Januari 2026, Marina Awam Labuan - Seramai 20 orang Sukarelawan Rakan Muda dibawah penyeliaan Kelab Rakan Muda Bandar Labuan turut sama dalam program Bersih Semua Tempat (BEST) Peringkat W. P. Labuan anjuran Perbadanan Labuan.
Presiden Kelab Rakan Muda Bandar Labuan, Saudara Azuan Isack, turut hadir mengetuai Pasukan Sukarelawan Rakan Muda pagi ini dan diletakkan di lokasi Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Penglibatan Sukarelawan Rakan Muda ini adalah titik tolak permulaan Rakan Muda bersama masyarakat dan agensi kerajaan dan penglibatan seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
