- JBS WP Labuan
- Hits: 19
2 ATLET PARA NEGARA KEBANGGAAN LABUAN TELAH BERJAYA MENGHADIAHKAN PINGAT GANGSA BUAT NEGARA DI TEMASYA SUKAN PARA ASEAN KE - 13, THAILAND
- JBS WP Labuan
- Hits: 19
THAILAND, 23 Januari 2026 - 2 orang Atlet Para Negara kebanggaan Pulau Labuan yang sedang menyertai Temasya Sukan Para ASEAN ke-13, Thailand iaitu adik Avrinda Anis (Sukan Boccia - BC2 Individu Wanita dan Team BC1/BC2..) dan Rozabell Rozell Parinus (Para Olahraga - Kategori T36 100M dan 200M) telah berjaya menghadiahkan Pingat Gangsa buat negara.
Terdahulu, adik Rozabell Rozell Parinus (Para Olahraga - Kategori T36 100M) telah bersaing pada 21 Januari 2026 bagi kategori T36 100M manakala adik Avrinda Anis, Sukan Boccia - BC2 Individu pula telah bersaing bermula pada 21 Januari 2026 dan sehingga mara ke peringkat akhir pagi tadi dan memenangi Pingat Gangsa dikalahkan oleh atlet tuan rumah, Thailand. Difahamkan kedua-dua atlet para ini masih mempunyai saingan bagi acara lain selepas ini iaitu T36 200M bagi Rozabell dan Team BC1/ BC2.
Tahniah kepada kedua-dua atlet ini yang mula digilap bakat mereka oleh Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya W.P. Labuan (PESRON) dan jabatan ini melalui Program iTalent dan iTrain. Jabatan ini juga turut mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada kedua-dua jurulatih yang telah mengasah bakat mereka sehingga potensi besar mereka dilihat dan terus digilap oleh pihak Majlis Sukan Negara iaitu Coach Supian Juslin (Para Olahraga W.P. Labuan) dan Coach Junih Tuah (Boccia W.P. Labuan). Tidak lupa juga buat Jabatan Pendidikan W.P. Labuan yang sama-sama sentiasa memberi kerjasama dalam usaha mencungkil bakat-bakat murid berkeperluan khas.
Sumber Gambar: Page Rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia
