- JBS WP Labuan
- Hits: 14
PEGAWAI RAKAN MUDA MENYANTUNI PELAJAR SMA MAIWP W.P. LABUAN SEMPENA PROGRAM NADWAH KEPIMPINAN ANJURAN SEKOLAH TERSEBUT.
- JBS WP Labuan
- Hits: 14
22 Januari 2026, Pusat Kokurikulum Negeri W.P. Labuan - Pegawai Rakan Muda Jabatan ini, Cik Mastijah Binti Insuin telah memenuhi undangan SMA MAIWP W.P. Labuan untuk menyampaikan Ceramah sempena Program Nadwah Kepemimpinan sekolah berkenaan.
Seramai 230 orang murid tingkatan 1 hingga 5 terlibat dalam program ini yang difahamkan merupakan program rutin tahunan sekolah berkenaan.
Melalui sesi tersebut, Cik Mastijah Binti Insuin telah menyampaikan ceramah bertajuk "Zero To Hero: Jangan Cepat Koyak" seperti yang diminta oleh pihak sekolah.
Selain daripada penyampaian ceramah tersebut, ini juga merupakan salah satu siri jelajah untuk menyampaikan info berkaitan program-program Rakan Muda di W.P. Labuan sesuai dengan sasaran kumpulan usia Rakan Muda sekitar 13-30 tahun.
Jabatan ini mengucapkan setinggi Penghargaan kepada pihak Pengurusan Sekolah SMA MAIWP diatas kepercayaan kepada jabatan ini untuk berkongsi info kepada pelajar-pelajar mereka.
