- JBS WP Labuan
- Hits: 13
JBS WP LABUAN HADIR MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA BULANAN KBS JANUARI 2026
- JBS WP Labuan
- Hits: 13
LABUAN, 22 Januari 2026 - Pegawai dan kakitangan JBS WP Labuan telah menghadiri Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan KBS Januari 2026 secara atas talian. Majlis tersebut telah berlangsung pada petang semalam, bertempat di Menara KBS, Putrajaya, bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan.
Dalam amanatnya, YB Menteri merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas pencapaian KBS sepanjang tahun 2025 serta turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Hannah Yeoh, mantan Menteri Belia dan Sukan, serta YB Adam Adli, mantan Timbalan Menteri, atas komitmen dan kepimpinan mereka dalam menerajui KBS sebelum ini.
Bagi tahun 2026, fokus KBS kekal selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI, dengan penekanan kepada pelaksanaan yang lebih pantas, cekap dan berkesan demi manfaat belia serta komuniti sukan negara.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
