PRESIDEN MAJLIS BELIA LABUAN RASMIKAN MESYUARAT PERTAMA KELAB BELIA KG. SUNGAI MIRI


LABUAN, 22 Disember 2025 – Presiden Majlis Belia Labuan, Cik Nazera binti Roslan telah hadir bagi merasmikan Mesyuarat Pertama Kelab Belia Kampung Sungai Miri yang baru sahaja ditubukan semula. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan dan ahli kerana berjaya menubuhksn semula kelab belia ini, selaras dengan aspirasi Majlis Belia Labuan dalam memperkasa penglibatan belia akar umbi.
Beliau turut berharap agar barisan jawatankuasa baharu dapat bekerjasama rapat dengan kepimpinan kampung dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program yang bersifat membina, inklusif dan berimpak tinggi, khususnya dalam mencungkil potensi belia Kampung Sungai Miri. Penubuhan semula kelab ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada usaha menaikkan nama kampung melalui aktiviti pembangunan belia.
Turut hadir Pengerusi Tetap, Timbalan Presiden serta barisan EXCO Majlis Belia Labuan.
#mbl
#beliakitani
#yakinboleh

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search