W.P.LABUAN JUARA PERTANDINGAN CHEERLEADING PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

𝐖𝐏 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐄𝐄𝐑𝐋𝐄𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pasukan Wilayah Persekutuan Labuan mencipta kejayaan gemilang apabila muncul sebagai Johan Pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 bagi Kategori 0 (Bawah 12 Tahun), sekali gus melakar pencapaian terbaik buat Labuan di pentas kebangsaan dalam kejohanan yang telah berlangsung di Sunway Velocity kelmarin.
Kejayaan tersebut menyaksikan Perak muncul sebagai Naib Johan, manakala Melaka menduduki tempat Ketiga, selepas persaingan sengit melibatkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negara.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) WP Labuan, Mahanum Fauzi, berkata pasukan Labuan berjaya menampilkan persembahan yang bertenaga, tersusun serta penuh disiplin sehingga berjaya memikat hati barisan juri. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azura Abidin.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search