PERSIAPAN TERAKHIR DAN LATIHAN INTENSIF PASUKAN WP LABUAN BAGI PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025


BANDAR SUNWAY, 20 Disember - Pasukan senior dan junior Aerobic Dance WP Labuan memanfaatkan masa dengan membuat persiapan terakhir dan latihan intensif bagi pusingan akhir Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang akan berlangsung esok di Dewan Pusat Sukan UiTM Shah Alam.
Latihan yang dilaksanakan di perkarangan pusat membeli belah Sunway Pyramid ini bertujuan memperbaiki langkah dan gerakan bagi menampilkan persembahan terbaik di gelanggang pertandingan.
Semua peserta tidak sabar untuk memberikan persembahan yang terbaik dan berharap dapat membawa kemenangan kepada pasukan WP Labuan.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search