SESI TEMUDUGA PEMILIHAN MAJLIS EKSEKUTIF BAHARU BAGI SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (SRMUMSKAL) SESI 2025/2026


19 Disember 2025, UMSKAL - Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Cik Mastijah Insuin telah hadir memenuhi undangan daripada Sekretariat Rakan Muda UMSKAL untuk sesi Temuduga Pemilihan Majlis Eksekutif Baharu Sesi 2025/2026.
Tujuan sesi temuduga itu dibuat adalah untuk memilih Exco-exco yang akan menerajui SRM UMSKAL Sesi 2025/2026 yang berkeupayaan memacu SRM UMSKAL kearah pentadbiran yang lebih teratur dan aktif.
Terdahulu, satu Mesyuarat Agung Tahunan telah dilaksanakan di Kota Kinabalu, Sabah bagi melantik jawatankuasa tertinggi kelab tersebut dan Cik Felicity Ugong @ Cladius telah mengungguli pemilihan sebagai Presiden Sekretariat Rakan Muda UMSKAL Sesi 2025/2026.
Melalui sesi itu juga diadakan sesi suai kenal diantara Pemegang Jawatan SRM UMSKAL dengan Pegawai Rakan Muda yang baru bertugas di Bahagian Rakan Muda, jabatan ini bermula 1 Disember 2025.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search