- JBS WP Labuan
- Hits: 28
PASUKAN AEROBIC DANCE W.P.LABUAN BERANGKAT KE PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT KEBANGSAAN D SHAH ALAM
- JBS WP Labuan
- Hits: 28
𝐏
Labuan, 19 Disember 2025 – Pasukan Aerobic Dance Wilayah Persekutuan Labuan hari ini telah berlepas ke Shah Alam bagi menyertai Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 20 hingga 21 Disember 2025 bertempat di Dewan Pusat Sukan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Pasukan ini akan bertanding dalam dua kategori iaitu Kategori Remaja Campuran dan Kategori Dewasa Campuran, mewakili Wilayah Persekutuan Labuan di peringkat kebangsaan.
Pelepasan pasukan di Lapangan Terbang Labuan telah disempurnakan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan yang turut menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada para atlet agar sentiasa berdisiplin, mengekalkan semangat kesukanan dan memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan.
Beliau turut berharap agar penyertaan ini dapat mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan serta menjadi platform pembangunan bakat dan kecemerlangan belia melalui sukan Aerobic Dance.
