- JBS WP Labuan
- Hits: 23
PASUKAN CHEERLEADING WP. LABUAN BERANGKAT KE KUALA LUMPUR SERTAI KEJOHANAN PERINGKAT KEBANGSAAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 23
Labuan, 18 Disember 2025 – Pasukan Cheerleading Wilayah Persekutuan Labuan kategori Bawah 12 Tahun telah berlepas dari Lapangan Terbang Labuan hari ini bagi menyertai Pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Sunway Velocity, Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 Disember 2025.
Keberangkatan pasukan ini menandakan kesungguhan dan komitmen atlet muda WP Labuan dalam mengharumkan nama wilayah di peringkat kebangsaan melalui sukan cheerleading yang semakin mendapat perhatian.
Turut hadir memberikan kata semangat dan sokongan moral kepada para peserta ialah Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan serta Puan Fadlin Aumuni Binting, Pengetua Labuan International School. Kedua-dua pemimpin tersebut menyampaikan dorongan agar para atlet bertanding dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan diri.
Penyertaan ini diharap dapat memberikan pendedahan berharga kepada atlet cilik selain membina pengalaman, keyakinan serta jati diri dalam menghadapi pertandingan di peringkat lebih tinggi.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada pasukan Cheerleading WP Labuan dan berharap agar mereka dapat mencapai keputusan yang membanggakan sepanjang kejohanan berlangsung.
