PROGRAM MOTOCROSS TRACK DAY SIRI-2 MERIAH DI LABUAN


LABUAN, 14 Disember 2025 – Program Motocross Track Day Siri-2 Peringkat W.P. Labuan 2025 yang telah diadakan di Trek Motocross Kiamsam berjaya menarik penyertaan hampir 100 orang peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap sukan permotoran di wilayah ini.
Program yang dijalankan selama 2 hari ini dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan serta pengenalan asas pengendalian motocross, bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai aspek keselamatan, teknik tunggangan yang betul dan pematuhan peraturan trek. Sesi ini penting bagi memastikan aktiviti dijalankan dengan selamat.
Selain itu, program turut membuka peluang kepada orang ramai untuk mencuba sukan motocross melalui kategori amatur dan junior, sekali gus menjadi platform pembangunan bakat baharu serta pendedahan awal kepada golongan muda.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. Beliau menzahirkan sokongan terhadap penganjuran program seumpama ini sebagai medium pembangunan sukan, pembentukan sahsiah belia dan pengukuhan komuniti permotoran tempatan.
Penganjuran program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai atlet motocross berpotensi serta memperkasa ekosistem sukan permotoran di W.P. Labuan.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search