- JBS WP Labuan
- Hits: 39
PERSEDIAAN PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 39
LABUAN, 15 Disember 2025 – Pasukan Aeroblaze yang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan kini giat menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 Disember 2025 bertempat di Dewan Pusat Sukan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Fokus latihan adalah bagi memperkemaskan koreografi, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta memastikan keserasian dan disiplin pasukan berada pada tahap terbaik.
Pasukan Aeroblaze menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang tempoh latihan sebagai persediaan untuk membawa cabaran dan mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan di pentas kebangsaan.
Diharapkan persiapan rapi ini mampu memberikan persembahan yang mantap serta mencapai keputusan yang membanggakan dalam pertandingan tersebut.
