- JBS WP Labuan
- Hits: 37
SERAMAI 427 ORANG MEMERIAHKAN TRAIL MTB PARK SEMPENA PROGRAM HIKING PERDANA 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 37
13 Disember 2025, MTB Park - Tuan Simsudin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan telah menyempurnakan Pelepasan seramai 427 orang peserta Hikig Perdana yang telah dianjurkan oleh jabatan ini dengan kerjasama Persatuan Kanu Labuan. Hadir sama pada program itu, Tuan Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan dan Presiden Persatuan Kanu Labuan, En Mohd. Yunus Waidin.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat aktif bersukan disamping memupuk budaya aktif dikalangan masyarakat. Program ini turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Maaysia (APMM) dan ahli-ahli Persatuan Kanu Labuan sebagai crew yang memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang pelaksanaan program.
Turut dilaksanakan pengisian Cabutan Hadiah Misteri yang menawarkan 50 hadiah berupa barangan dan wang tunai.
Jabatan ini turut merakamkan penghargaan kepada pasukan JHK Event yang sebelum inj telah menyediakan laluan selesa MTB Park untuk kegunaan masyarakat dan usaha itu telah menjadikan MTB Park sebagai kawasan selamat untuk melakukan riadah.
Ucapan penghargaan tidak terhingga juga buat semua peserta yang menyertai kerana telah memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program ini dan mematuhi peraturan-peraturan penganjur untuk keselamatan bersama. Terdapat 2 kecederaan tetapi pihak APMM dan Crew PKL cekap menyelesaikannyq.
