- JBS WP Labuan
- Hits: 12
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 (𝐊𝐋𝐀𝐒) 𝐂𝐇𝐄𝐄𝐑𝐋𝐄𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐏 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
- JBS WP Labuan
- Hits: 12
Labuan, 25 Oktober – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Cheerleading Peringkat WP Labuan 2025 telah berlangsung dengan penuh bersemangat di Dewan Jabatan Bomba dan Penyelamat WP Labuan. Program ini bertujuan untuk mempromosikan sukan cheerleading dalam kalangan masyarakat, sekaligus memberi pendedahan mengenai komponen utama sukan tersebut seperti elemen akrobatik, tarian, lompatan, pembentukan pyramid, aksi serta teknik shouting yang menjadi tunjang kepada persembahan cheerleading moden.
Penganjuran kursus ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Cheerleading Association and Register of Malaysia (CHARM) serta Persatuan Sukan Kecergasan WP Labuan, dalam usaha memperkasakan sukan ini sebagai salah satu aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga meningkatkan disiplin, stamina serta keyakinan diri dalam kalangan peserta.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan yang turut menyatakan harapan agar program seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai bakat baru cheerleading di Labuan.
