- JBS WP Labuan
- Hits: 28
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐄𝐑𝐎𝐁𝐈𝐂 𝐃𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐏 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐖𝐎𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐈 𝐘𝐈𝐈
- JBS WP Labuan
- Hits: 28
LABUAN, 19 Oktober 2025 – on Aerobic Dance Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat dan warna-warni di Dewan Serbaguna Wong Kii Yii, Tadika Chi Hwa Labuan.
Program ini menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai kumpulan remaja dan dewasa yang menampilkan kreativiti, disiplin serta semangat kesukanan tinggi dalam setiap persembahan. Suasana dewan menjadi gamat dengan sorakan penyokong yang memberi semangat kepada peserta masing-masing.
Dalam Kategori Remaja, kumpulan LIS Shines telah dinobatkan sebagai Johan, diikuti Listary sebagai Naib Johan, manakala tempat Ketiga dimenangi oleh Teens Kataru.
Bagi Kategori Dewasa, kejuaraan disandang oleh Aeroblaze yang menampilkan persembahan bertenaga dan seragam. Tempat Naib Johan dimenangi oleh The Undercover, sementara tempat Ketiga menjadi milik Aerofitkal.
Majlis penutupan pertandingan telah disempurnakan oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Fitness Association (MAFA) dan Persatuan Sukan Kecergasan WP Labuan, sebagai usaha berterusan untuk memperkasakan budaya kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Labuan.
