- JBS WP Labuan
- Hits: 29
BELIA MEMANTAPKAN ILMU DAN PENGETAHUAN MENERUSI PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI
- JBS WP Labuan
- Hits: 29
KOTA KINABALU, 18 Oktober 2025 - Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat WP Labuan 2025 yang dilaksanakan bermula pada 17 hingga 19 Oktober 2025, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia tentang pengurusan sumber manusia, kewangan, pengurusan program dan organisasi secara berkesan.
Antara pengisian pada hari kedua adalah berkenaan Pelaporan dan Penghantaran Maklumat Yang Kena Beri (MYKB), Kaedah Pengumpulan Data dan Perekodan khususnya menggunakan aplikasi Dashboard Belia serta Kembara PRO.
Cuaca yang kurang mengizinkan tidak mematahkan semangat para peserta untuk meneruskan sesi Kembara PRO. Dengan sedikit pengubahsuaian rancangan, para peserta telah menjelajah sekitar kawasan KOMBES (P) Negeri Sabah dan melaksanakan tugasan serta cabaran yang diberikan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPL
