- JBS WP Labuan
- Hits: 31
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT W.P. LABUAN 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 31
LABUAN, 8 September 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025 yang melibatkan agensi-agensi kerajaan telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Perbadanan Labuan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohd. Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan 2025.
Mesyuarat ini membincangkan berkaitan pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat W.P. Labuan yang akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Oktober 2025 bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
