- JBS WP Labuan
- Hits: 39
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK 2025 ASEAN SPORTS INTEGRITY & ANTI-DOPING SYMPOSIUM DAN EKSPO INDUSTRI SUKAN (BORNEO) 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 39
LABUAN, 26 Ogos - Mesyuarat Jawatankuasa Induk 2025 ASEAN Sports Integrity & Anti-Doping Symposium dan Ekspo Industri Sukan (Borneo) telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Wisma Perbadanan Labuan.
2025 ASEAN Sports Integrity & Anti-Doping Symposium akan dilaksanakan pada 29 hingga 30 Oktober 2025 di Grand Dorsett Labuan dan akan dihadiri oleh wakil organisasi anti-doping, integriti sukan dan penggiat sukan di rantau ASEAN dan Asia/Oceania. Selain itu, Ekspo Industri Sukan (Borneo) 2025 akan dianjurkan pada 30-31 Oktober 2025 bertempat di Kompleks Ujana Kewangan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Fadzilah bin Mahmud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada agensi, ketua komuniti dan kepimpinan belia.
Taklimat disampaikan oleh Cik Nageswary a/p Thiagarajan daripada Agensi Anti-Doping Malaysia dan Encik Azizi Azran Abdullah daripada Sekretariat Industri Sukan KBS Malaysia.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Encik Zurihanmi bin Zakariya, Ketua Sekretariat AMCYS2025 dan Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPL
#ADAMAS
#CleanSport