KELAB BELIA KAMPUNG LUBOK TEMIANG MELAKSANAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-8 DENGAN JAYANYA


LABUAN, 26 Ogos 2025 - Kelab Belia Kampung Lubok Temiang (KBKLT) yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Hamzah telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-8 kelab tersebut, bertempat di Ramsey Point Sea Sports Labuan.
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) adalah perkara yang perlu dipatuhi oleh semua persatuan atau kelab seperti syarat yang ditetap oleh Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Selain itu, MAT adalah wadah dalam menilai kembali keberkesanan program dan juga mengukur pencapaian sesebuah persatuan atau kelab sepanjang tahun tersebut.
Oleh itu, KBKLT sebagai salah satu kelab yang aktif di Labuan telah menyahut tanggungjawab tersebut dengan melaksanakan MAT Kelab KBKLT pada 24 Ogos 2025 dan juga mengeratkan semangat kekeluargaan dikalangan ahli mereka dengan mengadakan hari keluarga KBKLT.
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-8 KBKLT ini turut dihadiri oleh Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Encik Ts. Ahmad Nazri bin Jamal, Timbalan Presiden MBL, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Exco MBL dan ahli-ahli KBKLT.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPL
#BeliaKitani

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search