KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN TONJOL SEMANGAT PEDULI, KREATIF DAN PROGRESIF


PASAKON BEACH CAMP SITE, BERINGGIS, SABAH, 23 Ogos 2025 – Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan hari ini berlangsung meriah dengan empat pengisian utama yang sarat dengan ilmu, pengalaman serta nilai murni buat para peserta belia.
Antara pengisian yang mendapat perhatian ialah Rakan Ekspresi: “Dari Idea ke Aksi” yang memberi peluang kepada belia meluahkan pandangan serta menterjemahkan idea menjadi tindakan nyata. Slot Kisah Kita pula mengetengahkan perkongsian inspirasi dan pengalaman hidup yang mampu menyuntik semangat serta motivasi baharu dalam kalangan peserta.
Lebih menarik, slot “Belia Tolak Ekstremisme” disampaikan oleh pegawai dari E8 PDRM Sabah, Insp. Hazli bin Kamaruzaman, yang menekankan tentang bahaya ekstremisme serta peranan belia sebagai benteng utama menolak pengaruh negatif termasuk isu buli.
Seterusnya, pengisian Rakan Prihatin: “Belia Ambil Peduli” berbentuk program CSR turut mengangkat semangat kesukarelawan dan kepedulian sosial dalam kalangan generasi muda.
Program ini turut diperkukuh dengan sesi Belia kepada Belia: “Inovasi Belia Positif” yang mendorong peserta mengembangkan kreativiti serta memperkasa inovasi ke arah membina komuniti belia yang progresif dan berdaya saing.
Secara keseluruhan, pengisian pada hari ini bukan sahaja menyerlahkan semangat kebersamaan, malah membuktikan belia Wilayah Persekutuan mampu menjadi agen perubahan yang positif serta berimpak tinggi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPL

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search